Total Pageviews

Thursday 21 November 2013

Perlukan Tutor @ Guru Tuisyen Matematik ???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adakah anda sedang mencari TUTOR atau GURU TUISYEN ??? Saya bersedia membantu anda. 

Merupakan siswa pendidik Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Matematik dan sedang menunggu masa sebelum berkhidmat sebagai guru sepenuh masa. Mahir dan berpengetahuan dalam pedagogi mata pelajaran Matematik Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Sekarang berkhidmat dengan beberapa pusat tuisyen di sekitar Cheras.

Mata pelajaran :
*Matematik Sekolah Rendah
*Sains Sekolah Rendah
*Matematik Menengah Rendah
*Matematik Menengah Atas
*Matenatik Tambahan


Masa :
Isnin hingga Jumaat (Fleksibel)
*Kecuali sabtu, ahad dan cuti umum.

Lokasi : 
* Cheras
* Bandar Tun Razak, KL
* Bangsar
* Bangi
* kawasan-kawasan sekitar


Sebarang pertanyaan dan urusan, anda boleh hubungi saya, Ismail Ibrahim (0139367024) / isazmi90@gmail.com

Sunday 3 November 2013

Explora SK Bukit Pantai 2013 di Taman Negara Pahang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Alhamdulillah pada 1 - 3 November 2013 yang lepas, saya dan Cikgu Madrid terlibat dalam Explorasi Taman Negara Pahang (Explora) SK Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Seramai 34 orang murid terlibat yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. 

Kami menginap di SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (SMK JPSHAS) Jerantut, Pahang selama 3 hari 2 malam. Sesungguhnya pelbagai peristiwa menarik yang telah dilalui sepanjang explorasi ini. Kami juga dibantu oleh adik-adik fasilitator SMK JPSHAS, yang rata-rata mereka adalah pelajar tingkatan 4 dan 5. 

Pelbagai pengalaman menarik telah kami perolehi, kepada anda yang ingin merasainya boleh mengambil pakej pelancongan yang ditawarkan oleh pihak Koperasi  SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah ini.


Sekadar kenangan...

Kawasan balak di jalan darat ke Kampung Mat Daling 

Panorama SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (SMK JPSHAS)
Di kawasan penginapan SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (SMK JPSHAS)

Di puncak pertama Bukit Teresek, 

Sarapan pagi bersuap dan disuap ;)
Di perkampungan Orang Asal Batik Negrito (belajar menyumpit, dan menghidupkan api)

Di perkampungan Orang Asal Batik Negrito yang terdapat di kawasan Taman Negara Pahang

Rehat di Park Centre setelah penat jungle trekking & canopy walkway

Rapid shooting
Setelah selesai rapid shooting
Rehat mandi manda& makan di Lubuk Simpun
Majlis Penutup
Gambar kenangan terakhir sebelum berangkat pulang ke KL