Total Pageviews

Sunday 23 November 2014

Pengenalan Sekolah



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian yang sudi bertandang ke blog ini. Posting kali sebagai pengenalan sekolah yang menjadi tempat pertamaku menjadi guru sepenuh masa, dalam bahasa yang lain, first posting la... 

Tanggal 1 April 2014 menjadi tarikh bermakna buat insan baharu bergelar pendidik seantero siswa pendidik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2010 yang telah menamatkan pengajian Disember 2013. 

Sekolah Kebangsaan Nanga Engkamop (SKNE) terletak di Daerah Julau, Sarawak. Sekolah ini terletak di bawah pimpinan PPD Julau, yang mana salah satu PPD yang berada di bawah pentadbiran PPD Bahagian Sarikei, selain daripada PPD Sarikei dan PPD Meradong. Inilah keistimewaan di Sarawak kerana setiap Bahagian mempunyai daerah-daerah kecil. 

SKNE merupakan sekolah kategori Pedalaman 1 (P1) yang menggunakan laluan tanah merah berbatu seliaan JKR. Jaraknya daripada PPD Julau kira-kira 80-90km. Sekolah ini hanya menggunakan sumber air daripada air bawah tanah, air tadahan hujan dan air sungai. Manakala kemudahan elektrik daripada 2 buah genset (generator diesel), yang setiap satu beroperasi selama 12 jam. 

Murid di sekolah ini kira-kira 200 orang termasuk murid aliran prasekolah. Kemudahan asrama disediakan kepada murid-murid kerana kebanyakan mereka tinggal jauh daripada kawasan sekolah. 

Sekolah ini dipimpin oleh Encik Unting Anak Antau (GB), En Timban Anak Lawau (PK1), Encik Evaristus Anak Luga (PK HEM) dan Encik Ismailee Bin Suja (PK KK) serta dibantu oleh 13 orang guru akademik.

~kawasan Daerah Kecil Pakan~

~Laluan ke sekolah~

~Laluan ke sekolah~

~kenderaan pertama yang membawa kami menjejak kaki ke sini~

~Laluan ke sekolah~

~rumah guru & kakitangan ~

~rumah guru & kakitangan~


~kawasan tapak perhimpunan~

~carta organisasi sekolah~

~rumah guru~

~bangunan kelas (kiri), rumah guru & kakitangan (kanan)~

(teman sejawat yang posting sekali, Cikgu Siti  Alia)

~di puncak tu rumah guru besar~

~asrama murid~

~inilah tempat genset tu (generator)~

~kawasan padang sekolah~

2 comments:

Ryna Michelle said...

mcm buat laporan portfolio SBE la..hehe

isazmi90 said...

rynha michelle : hua3... terase baru je posting... hua3