Total Pageviews

Saturday 18 February 2012

Hujung Minggu

Selamat pagi
Good Morning

Lena tak tido semalam? Apakah perancangan anda pada hari ini? Setiap perkara yang anda lakukan perlulah disediakan dengan perancangan. Setiap perancangan akan menjadikan anda lebih berjaya dan berkesan dalam hidup ini.

Kami mahu berkongsi satu pandangan daripada buku hasil karangan Stephen Covey. Siapakah beliau ini sebenarnya? Stephen Covey adalah seorang ahli motivasi di Amerika Syarikat dan telah menulis banyak buku-buku berkaitan dengan motivasi. Salah satu buku yang paling laris dijual adalah '7 tabiat orang yang berkesan'.

Apakah yang terkandung dalam buku tersebut?

1.( Be Proactive ) Pro-aktif

Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.


2. ( Begin With The End In Mind ) Mula dengan wawasan di dalam minda.

Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.


3. ( Put First Things First ) Utamakan yang utama

Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.


4. ( Think Win-Win ) Fikirkan Menang-Menang

Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.


5. ( Seek First To Understand, Then To Be Understood ) Dengar dahulu sebelum berkata.

Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.


6. ( Synergize ) Sepadukan usaha

Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.


7. ( Sharpen The Saw ) Tajamkan pedang

Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.




Jom tengok video cikgu-cikgu ke Felda Gedangsa untuk Program Anak Angkat di sana..seronok taw =)






SELAMAT DATANG

TERIMA KASIH kerana sudi mengunjungi blog ini..sila klik pada pautan indeks di sebelah kanan di bawah..
-admin

MARI MENYANYI BERSAMA-SAMA
lagu ini dibuat khas untuk adik-adik semua



haha..bagaimana adik-adik?seronok?

p/s: terima kasih kepada rakan-rakan cikgu kerana sudi menyanyi dengan cemerlang..kira dah boleh masuk Akademi Fantasia nih.. =)