Total Pageviews

Friday, 30 August 2013

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56

Sedikit coretan sepanjang mengikuti Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2013. 
Tema : Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.




"Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. Acara lain termasuk perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka melibatkan persembahan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada gabungan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM juga akan mengisi acara pada sambutan hari kemerdekaan nanti.
"Acara ini melibatkan empat segmen iaitu Rukunegara, Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteran Bersama dan MalaysiaKu Berdaulat : Tanah Tumpahnya DarahKu dengan penyertaan lebih kurang 4,000 orang termasuk acara formasi di padang.
Kementerian itu berkata, 2013 juga istimewa kerana ia merupakan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia dan sempena itu, negeri Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130803/dn_17/Tema-dan-logo-Hari-Kemerdekaan-ke-56-diperkenalkan#ixzz2dWJXpls3
© Utusan Melayu (M) Bhd 












There was an error in this gadget