Total Pageviews

Monday, 24 November 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Nanga Engkamop telah diadakan pada 21 November 2014, Jumaat yang merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2014. Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan pencapaian dan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. 

Majlis ini telah dihadiri oleh Encik Unting Anak Antau (Guru Besar), Encik Timban Anak Lawau (GPK 1), Encik Evaristus Anak Luga (GPK HEM) dan Encik Ismailee Bin Suja (GPK KK). Ibu bapa dan penjaga murid-murid turut hadir bagi memeriahkan majlis. 





















Minggu Kokurikulum dan Sukan Asrama 2014

Minggu Kokurikulum dan Sukan Asrama 2014 telah diadakan pada 11-14 November 2014. Pelbagai aktiviti yang dipertandingkan sepanjang 4 hari ini, iaitu : acara padang dan balapan, sepak takraw, futsal, bola jaring, sukaneka dan juga Malam Bintang Kecil. 

Murid dan guru telah dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Jadi, mereka akan mewakili rumah sukan masing-masing dalam setiap acara. 

Keputusan keseluruhan :
Johan: Rumah Hijau
Naib Johan : Rumah Kuning
Ketiga : Rumah Merah
Keempat : Rumah Biru

*gambar-gambar di bawah sedikit coretan sepanjang program berlangsung oleh Sir Ahmad Syawqi.































There was an error in this gadget