Total Pageviews

Monday 24 November 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Nanga Engkamop telah diadakan pada 21 November 2014, Jumaat yang merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2014. Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan pencapaian dan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. 

Majlis ini telah dihadiri oleh Encik Unting Anak Antau (Guru Besar), Encik Timban Anak Lawau (GPK 1), Encik Evaristus Anak Luga (GPK HEM) dan Encik Ismailee Bin Suja (GPK KK). Ibu bapa dan penjaga murid-murid turut hadir bagi memeriahkan majlis. 





















No comments: