Total Pageviews

Friday, 15 April 2011

BERSAMA CIKGU: ULANG KAJI MENGIRA BENTUK TIGA DIMENSI

Selamat datang cikgu ucapkan. Kali ini kita akan mengadakan sesi ulang kaji untuk objek tiga dimensi.
Cikgu harap kamu semua sudah faham bagaimana untuk mengira isipadu objek tiga dimensi.

Baiklah sekarang cikgu ingin membuat latihan pengukuhan pengiraan objek tiga dimensi.


Soalan :

Sebuah pejabat telah dibina daripada dua blok bangunan yang berbentuk kuboid dan kiub Berapakah isipadu kedua-dua bentuk.

Sekaran mari kita menjawab:

Mula-mula kita akan mencari kata kunci bagi menjawab soalan ini. Bagi mencari kata kunci, cikgu akan menggariskannya.

Sebuah pejabat telah dibina daripada dua blok bangunan yang berbentuk kuboid dan kiub Berapakah isipadu kedua-dua bentuk.

Objek yang terlibat: Kiub dan kuboid. Maka kita harus mengggunakan formula
Isipadu kuboid dan kiub = Panjang x Lebar x Tinggi

Menambag kedua-dua isipadu objek yang dinyatakan. Isipadu A + Isipadu B = (jawapan)



Diberi = Blok A: Panjang 12 meter, Lebar 10 meter, Tinggi 20 meter
           = Blok B :Panjang 10 meter, Lebar 10 meter, Tinggi 10 meter


Apa yang diminta :  Isipadu kedua-dua bentuk


Penyelesaian         : Isipadu A : 12 m x 10 m x 20 m = 2400 m3 <<<  kenapa m3= m x m x m
                                Isipadu B : 10 m x 10 m x 10 m = 1000m3


Kedua-dua isipadu = 2400 m+ 1000 m3 = 3400 m3


Semak: Gunakan kalkulator.


 

No comments: