Total Pageviews

Friday 21 September 2012

Jamuan Perpisahan bersama Murid 3 Kasih & Team Senamrobik

 
Assalamualaikum buat teman-teman sekalian. 
Alhamdulillah Jamuan Perpisahan bersama anak didik 3 Kasih & Team Senamrobik telah selamat diadakan pada 20 September 2012 (Khamis).

Kepada Anak didikku 3 kasih, 
Walaupun hanya sedikit sahaja yang mampu disediakan, namun sifat penghargaan itu yang penting. 
Malahan terdapat di kalangan mereka membawa makanan semata-mata untuk dikongsi bersama cikgu serta rakan-rakan yang lain. Walau makanan itu nampak biasa-biasa sahaja iaitu lempeng, nasi 0 & manggi goreng, tetapi itulah kemampuan serta sumbangan daripada mereka yang patut kita hargai & ingati.

Kepada Team Senamrobik, 
Walaupun hanya sedikit sahaja sumbangan cikgu-cikgu ini, tetapi semangat untuk terus bersama kalian tetap ada. Masa petang kami diperuntukkan utk kalian berlatih di sekolah semata-mata untuk memberi semangat & sokongan supaya dapat memberikan persembahan yang terbaik semasa Aktiviti Senamrobik Tahun 6. 
Tahniah diucapkan.

Semoga kenangan bersama kekal dalam ingatan.

~gambar-gambar Jamuan Perpisahan~
xsempat nk buat caption... =)
.























No comments: