Total Pageviews

Thursday 31 January 2013

Selamat Bertemu Kembali SKJRM

Lencana SK Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur.

 


Assalamualaikum dan salam perjuangan buat warga pendidik sekalian serta anak didik tercinta sekalian.
Alhamdulillah tarikh keramat 21 Januari 2013 bermulanya sesi praktikum fasa 3 selama 3 bulan di SK Jalan Raja Muda, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali kedua saya menumpah bakti mendidik di sekolah ini.

Bagi praktikum kali ini, saya turut ditemani oleh dua orang lagi teman iaitu Cikgu Haikal dan Cikgu Faiz, yang mana mereka berdua mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik Kenegaraan. Manakala teman-teman lama, Cikgu Aman, Cikgu Imran dan Cikgu Syaifuddin turut menyambung galas perjuangan di sini.


InsyaAllah semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami mendidik dan menimba ilmu di sini supaya menjadi seorang guru yang berkualiti dan mencorak riang anak bangsa, amin...


 

~nantikan post2 akan datang~

4 comments:

Unknown said...

Selamat datang juga kepada adik berenam ke sek kami..

Wah,syabas atas perkongsian ilmu Math atas talian ini dengan gambar2 menarik dan bahasa yg berbeza!

p/s hrp sukses sokmo

Unknown said...

Selamat datang juga kepada adik berenam ke sek kami..

Wah,syabas atas perkongsian ilmu Math atas talian ini dengan gambar2 menarik dan bahasa yg berbeza!

p/s hrp sukses sokmo

kamicikgumath said...

terima kak. peace B|

amir said...

ade lagi ke cikgu yang berkhidmat di skrjm dari 1992 - 1998?