Total Pageviews

Sunday 7 July 2013

Kem Literasi Al-Quran & Khemah Ibadah SK Lelaki Methodist, Sentul & SK Menjalara, Kepong

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah kali ini saya bersama rakan-rakan fasilitator Smart Da"ie Team berkesempatan mencurahkan bakti bagi Kem Literasi Al-Quran dan Khemah Ibadah. Kem ini merupakan anjuran bersama bagi SK Lelaki Methodist Sentul dan SK Menjalara Kuala Lumpur. Seramai 8 orang tenaga penggerak fasilitator telah terlibat iaitu Brother Is, Brother Ihsan, Brother Syakir, Brother Izzul, Brother Hassan, Sister Nabihah, Sister Ina dan Sister Hikmah. 


Manakala 47 orang murid terlibat dalam kem ini yang bermula pada 5 sehingga 7 Julai 2013 bertempat di Kem Rekreasi Sungai Gading, Hulu Bernam, Selangor. Kem ini terlerak kira-kira 7 kilometer daripada Universiti Pendidikan SUltan Idris, Tanjung Malim. Kami harapkan segala ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan oleh adik-adik yang dikasihi dan dicintai kerana Allah sekalian. Ameen. 


Dari kiri : Bro Izzul, Bro Syakir (Fahrin), Bro Ihsan, Bro Hassan, Bro Is, Sis Hikmah, Sis Ina dan Sis Nabihah










































































































2 comments:

PANATIA PENDIDIKAN ISLAM SKLMS said...

terima kasih yang tak terhingga dari kami warga SKLMS...Harap tahun depan dapat bertemu lagi dalam kem yang lain pulak. Semoga pengorbanan semua fasilitator akan diberikan ganjaran yang setimpal di akhirat nanti.

PANATIA PENDIDIKAN ISLAM SKLMS said...

terima kasih yang tak terhingga kepada semua fasilitator yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan kem ini. Semoga pengorbanan kalian semua akan mendapat ganjaran yang setimpal disisinya.